Friday, July 1, 2011

PLKN - meningkatkan semangat Patriotisme??

这是我弟弟的道德作业,结果拿了朋友的回来抄。

我看了看,实在很失望。

第一,我弟弟高中二了,马来文程度还是很差很差。

第二,借我弟弟抄的作业,是我弟弟高中三的朋友的,一样差。

第三,老师有问题,语病和ejaan大错特错,却给了一个大勾。

第四,我弟弟说,是老师叫他们用抄的。

第五,我重新做过,我弟弟竟然不接受。


嗯,重大发现啊!我马来文退步好多。

毕业后就没再碰马来文了,college也全用英文。

惨!担心啊!


题目如下:
Program Latihan Khidmat Negara bertujuan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda di Malaysia. Bincangkan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN di seluruh Malaysia bagi remaja lelaki atau perempuan yang terpilih yang berusia 17 tahun ke atas atau, remaja yang telah menamatkan pendidikan sekolah menengah, iaitu selepas peperiksaan SPM. Program ini telah dilancarkan sejak tahun 2003.  

Program Latihan Khidmat Negara ini bertujuan bagi pembinaaan sahsiah diri, bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta intergrasi nasional dan membentuk perwatakan positf menerusi nilai-nilai murni. 

Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam perutusan Menyambut Hari Kebangsaan Ke-45, beliau pernah meluaskan perasaan bimbang kerana lebih kurang enam puluh peratus penduduk Malaysia yang lahir selepas tahun 1957 tidak tahu menghayati kemerdekaan.

Nilai-nilai murni seperti cinta dan setia kepada negara, patuh kepada peraturan dan undang-undang, dan keamanan dan keharmonian dapat dipupuk di kalangan generasi muda melalui program ini. Selain itu, melalui program ini juga, kesedaran tentang kepentingan peranan dan tanggungjawab remaja terhadap masyarakat akan dipertingkatkan supaya generasi muda pada masa kini peka terhadap isu-isu masyarakat.

Program ini mempunyai tujuan untuk melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan berkeyakinan diri. Oleh itu, bukan sahaja nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam jiwa remaja, malah ia dapat membantu remaja menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri sendiri, memperkayakan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri mereka melalui proses penerokaan diri dalam modul pembinaan karekter.

Program Latihan Khidmat Negara ini bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat patriotisme generasi muda, malah ia banyak membantu generasi muda dalam kehidupan mereka pada masa hadapan kerana program ini mementingkan sifat dan sikap positif remaja dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah.

Program Latihan Khidmat Negara bukan satu program yang membuang masa tetapi program yang banyak memanfaatkan. Remaja masa kini tidak patut mengelakkan tetapi menerimanya dengan hati yang terbuka. Negara kita amat memerlukan generasi muda yang penuh dengan keyakinan diri dan bertanggungjawab bagi mencapai Wawasan 2020.  

“Satu hasrat, satu semangat, satu tekad, satu Malaysia. ”

No comments:

Post a Comment